BAB I
PEDAHULUAN
KATA PENGANTAR
Sekolah merupakan sebuah institusi formal untuk mendidik kanak-kanak dan remaja menghadapi alam dewasa dan seterusnya menjadi insan yang berguna di hari muka. Seseorang kanak-kanak akan menempuhi alam persekolahan sekurang-kurangnya sebelas tahun yaitu di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka juga akan menghabiskan sekurang-kurangnya enam jam atau lebih di sekolah setiap hari persekolahan tidak termasuk aktiviti kokurikulum dan kelas-kelas tambahan. Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan sekolah sebagai agen sosialisasi kerana sebahagian daripada usia seseorang itu akan dihabiskan di sekolah.
Iklim sekolah merujuk kepada satu keadaan keseluruhan yang terbentuk daripada beberapa aspek perhubungan sosial yang terdapat dalam kawasan sekolah, keadaan fizikal sekolah, sistem pentadbiran, prestasi pelajar dan keadaan persekitaran sekolah.
Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah digambarkan sebagai personaliti seseorang individu
sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan .
Iklim sekolah bermaksud norma dan sikap guru serta murid yang boleh mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia merangkumi perasaan yang ada pada seseorang mengenai sekolah, ia itu sama ada sesebuah sekolah itu merupakan satu tempat belajar yang berkesan atau sebaliknya. Persoalan yang timbul di sini adalah, apakah tahap iklim sekolah dari aspek hubungan sosial, pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran serta suasana sekolah.
RUMUSAN MASALAH
A. Definisi Iklim Sekolah
B. Ciri-Ciri Iklim Sekolah
a. Komitmen Guru Terhadap Sekolah
b. Guru Bekerjasama Menyelesaikan Masalah
c. Suasana Dan Persekitaran Sekolah
d. Sikap Pelajar
C. Faktor-Faktor Iklim Sekolah
a. Sikap Guru Terhadap Faktor Program Dalam Penentu Iklim Sekolah
b. Sikap Guru Terhadap Faktor Proses Dalam Penentu Iklim Sekolah
c. Sikap Guru Terhadap Faktor Bahan Dalam Penentu Iklim Sekolah
D. Jenis-Jenis Iklim Sekolah
a. Iklim Terbuka
b. Iklim Bebas
c. Iklim Terkontrol
d. Iklim yang Familier
e. Iklim Keayahan
f. Iklim Tertutup
BAB II
PEEMBAHASAN
A. Definisi Iklim Sekolah
Iklim sekolah adalah suasana dalam organisasi sekolah yang diciptakan oleh pola hubungan antar pribadi yang berlaku (Depdikbud, 1982). Pola hubungan antar pribadi tersebut dapat meliputi hubungan antara guru dengan murid, antara murid dengan murid, antara guru dengan guru dan antara guru dengan pimpinan sekolah. Iklim sekolah yang kondusif dapat dilihat dari keakraban, persaingan, ketertiban organisasi sekolah, keamanan dan fasilitas sekolah. pola hubungan yang kondusif itu akan mengembangkan potensi-potensi diri siswa secara terarah sehingga pada akhirnya mereka merasa puas dalam belajar. Semakin baik pola hubungan antar pribadi yang terjadi di lingkungan sekolah diduga juga akan menyebabkan semakin tingginya prestasi belajar siswa.
Menurut Lorenzo Cherubini, (2008), mengemukakan iklim suatu sekolah menginformasikan mengenai atmosfir dalam kelas, ruang fakultas, kantor, dan setiap gang yang ada di sekolah. Sedangkan menurut Lorrie L Hoffman et, al,. (2009) mendefinisikan iklim sekolah sebagai kualitas dan konsistensi interaksi interpersonal dalam masyarakat sekolah yang mempengaruhi kognitif, sosial, dan perkembangan psikologi anak.
Menurut A.Nyman Ronald, et, al., (2008) menjelaskan iklim sekolah adalah komponen penting untuk mewujudkan sekolah menengah yang efektif. Iklim sekolah adalah lingkungan remaja yang ramah, santai, sopan, tenang, dan enerjik. Keseluruhan iklim sekolah dapat ditingkatkan oleh sikap dan perilaku positif dari para siswa dan guru. Iklim sekolah berkaitan dengan lingkungan yang produktif dan kondusif untuk belajar siswa dengan suasana yang mengutamakan kerjasama, kepercayaan, kesetiaan, keterbukaan, bangga, dan komitmen. Iklim sekolah juga berkaitan dengan prestasi akademik, moral fakultas, dan perilaku siswa. Iklim sekolah menengah yang optimal adalah iklim sekolah yang responsif terhadap perkembangan kebutuhan setiap siswa, merangsang pertumbuhan pribadi dan akademik.
Kenneth Stichter (2008) menyimpulkan iklim sekolah didefinisikan sebagai persepsi bersama tentang apa yang sedang terjadi secara akademis, secara sosial, dan lingkungan di sekolah secara rutin.
Menurut Milner dan Khoza, (2008) iklim secara luas menggambarkan persepsi bersama menyangkut berbagai hal yang ada di sekeliling kita. Secara sempit iklim diartikan sebagai persepsi bersama mengenai kebijakan organisasi dan prosedur pelaksanaan, baik secara formal maupun informal. Terus lanjut menjelaskan persepsi bersama memungkinkan individu untuk memahami ambiguitas, konflik organisasi dan ketidakpastian, memperkirakan hasil, serta menilai kesesuaian kegiatan organisasi. Oleh karena itu iklim organisasi mempunyai peran fungsional untuk membentuk dan mengarahkan perilaku individu dalam organisasi. Tetap definisi Milner menyatakan iklim sekolah mengacu pada sikap, kepercayaan, norma-norma dan nilai-nilai yang mendasari praktek pembelajaran dan operasi suatu sekolah.
Berdasarkan pendapat para ahli mengenai iklim organisasi sebagaimana dikemukakan terdahulu, dapat disimpulkan iklim sekolah adalah persepsi kolektif dan hubungan harmonis terhadap kualitas dan karakter dari kehidupan sekolah.
E. Ciri-Ciri Iklim Sekolah
e. Komitmen Guru Terhadap Sekolah
Komitmen guru yang tinggi terhadap sekolah adalah antara ciri terpenting iklim sekolah menengah agama berkesan. Menurut Haji Ahmad Rahimah (1998), guru merupakan faktor paling penting dan menjadi tunjang kepada sekolah berkesan kerana guru merupakan juruteknik yang bertanggungjawab terhadap core business of schools, khususnya pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran dan bimbingan. Seseorang guru yang baik ialah guru yang memiliki tahap disiplinken diri yang tinggi dan sifat ingin melakukan kebaikan kepada orang lain. Guru guru yang bersifat sebegini akan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan pembentukan akhlak pelajarnya. Oleh yang demikian, antara tindakan yang perlu dilakukan oleh guru adalah:
1) dengan mengadakan perancangan awal untuk menyesuaikan isi pengajaran dan penilaian dengan kebolehan pelajar,
2) sentiasa memberi panduan kepada para pelajar tentang tindakan yang perlu dilakukan untuk mendapat pencapaian yang baik,
3) memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukannya terutama dalam soal pengajaran dan pembelajaran,
4) memastikan rancangan pengajarannya sentiasa menarik, serta
5) mencoba kemahiran pelajar-pelajar terutamanya kemahiran berfikir.
Guru-guru juga perlu memberi penekanan kepada pelaksanaan pengajaran berasaskan kemahiran berfikir kritis. Sekiranya keadaan seumpama ini tidak berlaku, ini akan menyebabkan pelajar-pelajar yang dihasilkan oleh sekolah menengah agama hanya pandai menghafal dan kurang mempunyai kekuatan pemikiran dalam menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar seumpama ini sudah tentu sukar untuk bersaing dengan pelajar-pelajar dari sekolah aliran lain kerana situasi pendidikan sekarang ini lebih menjuruskan kepada kekuatan pemikiran pelajar dan bukan hanya bergantung kepada guru semata-mata. Semua ini dapat dilaksanakan sekiranya guru-guru tersebut mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Untuk menguasai kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran ini, para guru seharusnya mempunyai latihan dalam bidang perguruan.
Selain latihan daripada aspek pengajaran dan pembelajaran, pihak sekolah boleh memberi penekanan kepada guru-guru supaya dapat melakukan kajian dan penyelidikan secara sendirian ataupun berkumpulan. Penekanan kepada penyelidikan boleh mengurangkan kekerapan pelaksanaan program latihan kepada guru-guru kerana setiap permasalahan yang berlaku boleh ditangani dengan penyelidikan dalaman sekolah itu sendiri. Selain itu, penyelidikan juga dapat membantu sekolah membuat perancangan ke arah kecemerlangan pada masa hadapan.
Sekurang-kurangnya penyelidikan boleh dijalankan untuk memastikan kekuatan sekolah yang sedia ada, mengenal pasti kelemahan dalam pelbagai aspek yang perlu diperbaiki, mengenal pasti kekangan yang mungkin boleh menghalang pelaksanaan sesuatu program dan merancang bentuk-bentuk program penambahbaikan yang berkesan. Dengan pendedahan kepada guru-guru tentang budaya penyelidikan, segala permasalahan yang berlaku di sekolah dapat diatasi oleh penyelidikan dalaman sekolah tanpa perlu bergantung
kepada pihak lain.
Kesimpulannya, komitmen guru yang tinggi dan ditambah pula dengan kemahiran perguruan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang sentiasa bersemangat. Penyelidikan yang dijalankan pula akan menghasilkan idea-idea baru untuk menjadikan sesi pengajaran pembelajaran lebih menarik minat pelajar.
f. Guru Bekerjasama Menyelesaikan Masalah
Menurut, R.L. Venezky, & L.F. Winfield (1979). Selain pengetua, semua guru perlu bekerjasama memberi perhatian kepada perkembangan pelajar supaya mereka dapat mengikuti sepenuhnya matlamat kurikulum di sekolah. Beberapa kajian yang berkaitan mendapati pengetua disekolah yang berkesan sentiasa memantau perkembangan pelajar-pelajarnya. Ada pandangan yang menyatakan bahawa guru juga patut memainkan peranan ini. Menurut Haji Ahmad Rahimah (1992), guru yang produktif itu ialah guru yang berkesan dalam pengajarannya dan mampu membimbing perkembangan muridnya. Untuk mewujudkan suasana perbincangan yang mesra, pihak sekolah perlu menganjurkan aktiviti yang berbentuk pembinaan kumpulan supaya setiap individu di dalam sekolah tersebut mempunyai ikatan kekitaan dan ini menghilangkan perasaan individualistik.
Apabila wujudnya ikatan ini, semua pihak akan bertanggung jawab apabila menghadapi satu-satu masalah dan ini menghalang sikap saling menyalahi antara satu sama lain. Sikap bekerjasama akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung akan menimbulkan keyakinan dan kepuasan kerja. Keadaaan ini akan menjadikan guru-guru sentiasa bersemangat untuk memberikan komitmen yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantu meningkatkan motivasi pembelajaran.
g. Suasana Dan Persekitaran Sekolah
Hasil kajian tentang ciri ini telah menyamai kajian yang telah dilakukan sebelum ini. Antaranya ialah kajian Marzuki Shahril (1997), yang mendapati iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila suasana sekolah aman, cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar. Bangunan sekolah dijaga dengan baik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Faktor bersih, cantik, selamat dan cukup ruang belajar amat penting kerana ia mempengaruhi psikologi dan emosi warga sekolah sama ada guru-guru, pelajar atau kakitangan sokongan. Oleh yang demikian, untuk memastikan tahap kebersihan, kecantikan dan keceriaan kawasan sekolah dapat dikekalkan pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan juga taman-taman yang telah ditentukan persatuan-persatuan yang menjaganya. Seterusnya, kelas ataupun persatuan yang dapat mengekalkan kebersihan dan keceriaan tersebut diberi pengiktirafan semasa perhimpunan.
Kesimpulannya dengan aktiviti sebegini, pihak sekolah bukan sahaja berjaya mengekalkan tahap keceriaan kawasan tersebut, bahkan berjaya mewujudkan semangat kerjasama dan tolong menolong di kalangan warga sekolah. Suasana sekolah sebegini akan memaparkan suasana kekeluargaan dan secara tidak langsung akan membantu keseronokan belajar dan bekerja. Ini dapat membantu pelajar memperoleh pencapaian yang cemerlang dan guru-guru serta kakitangan lain akan turut merasa keseronokan dan kepuasan bekerja di sekolah berkesan ini.
h. Sikap Pelajar
Kajian keciciran Marzuki Shahril (1973), yang menjabat sebagai kementerian pendidikan di malaysia kuala lumpur menghasilkan melihat sikap pelajar terhadap guru sebagai suatu yang mendorong mereka belajar dan mencapai kejayaan. Memandangkan keberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan kepada pencapaian dan akhlak pelajar, maka pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh pentadbiran sekolah. Pelajar-pelajar perlu dilatih supaya sentiasa berakhlak mulia, menghormati guru dan sedia memberi bantuan kepada guru apabila diminta, sentiasa berbincang dengan guru apabila menghadapi kesukaran dalam pelajaran, menjaga kebersihan diri, menjaga bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah, kurang menghadapi masalah disiplin di dalam atau luar kawasan sekolah. Pelajar tidak seharusnya menghina dan bersikap meninggi diri, sebaliknya
Hendaklah meyakini dan menghormati gurunya. Pelajar hendaklah merendah diri di hadapan guru dan menurut apa yang disuruh oleh gurunya dengan mengetepikan pandangannya sendiri kerana kesilapan guru kadangkala berfaedah kepadanya. Dalam persoalan mengajukan pertanyaan, pelajar hendaklah meminta dan memperoleh kebenaran daripada guru terlebih dahulu.
Penekanan sifat ini penting untuk memastikan setiap ilmu yang diperoleh diberkati oleh Allah. Sikap pelajar sebegini lebih mudah dibentuk sekiranya guru-guru menunjukkan model yang terbaik untuk diikuti oleh pelajar. Oleh yang demikian, tugas seseorang guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan, bahkan bertanggungjawab untuk membentuk peribadi yang cemerlang di kalangan pelajar. Dengan sikap pelajar yang berakhlak mulia, maka guru tidak perlu mengambil tindakan yang keras untuk menyedarkan pelajar tentang kesalahan yang mereka lakukan, sebaliknya sekadar menegur sahaja. Sikap pelajar yang baik juga ialah mereka bukan sahaja menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik semata-mata, sebaliknya juga perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum. Penyertaan dalam bidang kokurikulum ini secara tidak langsung dapat memupuk amalan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia di kalangan pelajar.
Walaupun mereka aktif, tetapi pencapaian mereka adalah seimbang ataupun lebih baik daripada pelajar-pelajar yang tidak aktif dan markah mereka juga seimbang dalam setiap mata pelajaran. Selain itu, pelajar-pelajar sekolah menengah
agama juga harus diorientasikan menjadi pelajar yang bertakwa kepada Allah, bermotivasi, ada wawasan diri, jelas matlamat, gigih berusaha meneroka dan membudayakan ilmu dan kemahiran, berbudaya saing yang tinggi serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat.
Dari pemaparan diatas dapat ditarik kesimpulan, dengan memiliki sikap yang positif sudah tentu akan memudahkan tugasguru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak lagi perlu membuang masa untuk mengawal disiplin pelajar. Kesannya, guru dapat memberikan pengajaran dengan berkesan dan pelajar-pelajar akan sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu.
F. Faktor-Faktor Iklim Sekolah
1. Sikap Guru Terhadap Faktor Program Dalam Penentu Iklim Sekolah
Menurut Howard, et, al., (1987). Bagi persoalan kajian yang pertama ini, secara keseluruhannya sikap guru terhadap faktor program dalam penentu iklim sekolah berada pada tahap tinggi dengan min 4.25 berdasarkan Jadual 4.5. Ini menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah tersebut mempunyai sikap yang tinggi terhadap faktor program dalam penentu iklim sekolah di sekolah mereka. Aspek program merupakan faktor yang dapat menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Salah satu iklim yang dikenal pasti oleh Haplin dan Craft (1962) dalam Michael Bearley (2001) ialah iklim terbuka. Dalam sistem sosial tidak formal di sekolah, iklim terbuka adalah keadaan yang penuh dengan semangat bekerjasama dan gembira semasa berada di sekolah. Guru-guru mempunyai sikap yang saling bekerjasama serta tidak merungut kerana ketidakpuasan hati. Guru besar atau pengatua sentiasa memastikan urusan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar di samping prestasi sekolah yang memberangsangkan. Para pelajar pula sentiasa bekerjasama dan saling bantu-membantu apabila diperlukan tanpa rasa terpaksa.
Menurut Abdul Rashid (1997), menjelaskan, pengukur utama kejayaan sesebuah sekolah ialah darajat keupayaannya memberi pendidikan yang baik kepada pelajarnya. Menurutnya lagi, motivasi seseorang pelajar akan meningkat sekiranya usaha mereka diberi penghargaan oleh pihak sekolah. Menurut Meng Ee Ah (1994), sekolah perlu mempunyai lima unsur seperti yang ada dalam setiap organisasi iaitu dasar yang tegas, tujuan yang jelas, kepimpinan dan anggota yang tetap, serta usaha yang positif dan kreatif. Oleh itu, pelbagai usaha harus dilaksanakan oleh pihak sekolah agar sekolah beroleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Menurut Sang Mok Soon, (1996), corak pengajaran telah banyak berubah dan menjadi lebih canggih mengikut perkembangan penyelidikan dari semasa ke semasa. Perubahan corak pendidikan ini sekaligus dapat meningkatkan iklim sekolah. Perubahan ini dapat diperhatikan daripada aspek-aspek berikut:
a) Daripada interaksi sehala kepada dua hala.
b) Daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan pelajar dan bahan. Daripada penggunaan buku teks dan alat tulis kepada alat bantu mengajar yang canggih.
c) Daripada kaedah “kapur dan tunjuk ajar” kepada kaedah perbincangan, penyelesaian masalah dan sumbangsaran.
d) Daripada aktiviti keseluruhan kelas kepada aktiviti berkumpulan.
e) Daripada aktiviti membaca, mendengar dan menulis kerpada aktiviti berbincang, bertanya, mengkaji, berlakon bermain dan sabagainya.
f) Daripada ujian kepada penilaian.
Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mewujudkan iklim sekolah yang kondusif. Peranan ibu bapak melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dilihat dapat meningkatkan pencapaian persekolahan para pelajar. Fungsi utama nya ialah menjaga dan melindungi kebajikan para pelajar dan guru-guru., disamping memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah. Ini dapat diperlihatkan melalui pelbagai kegiatan sosial, akademik dan kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan.
Oleh itu, pihak sekolah perlu sentiasa memastikan faktor program iaitu persekitaran pembalajaran dan aktiviti kurikulum dan kokurikulum sentiasa fleksibel, di samping memberi peluang untuk pembelajaran yang aktif dan membuat jangkaan pencapaian setiap individu. Selain itu, sokongan dan struktur juga perlu bersesuaian dengan tahap kematangan pelajar, peraturan juga hendaklah ditentukan secara bersama, serta memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangannya.
2. Sikap Guru Terhadap Faktor Proses Dalam Penentu Iklim Sekolah
Bagi persoalan kajian yang kedua ini, secara keseluruhannya sikap guru terhadap faktor proses dalam penentu iklim sekolah berada pada tahap tinggi dengan min 4.28 berpandukan Jadual 4.6. Ini menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah tersebut mempunyai sikap yang positif terhadap faktor proses dalam penentu iklim sekolah di sekolah mereka. Sekolah merupakan satu organisasi yang mengandungi satu kumpulan individu yang telah bersetuju untuk bekerjasama untuk satu-satu tujuan tertentu.
Tugas dan peranan guru yang utama adalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan, pengembang dan pengukuh penguasaan kemahiran, pembentukan akhlak, pembimbing dan tauladan kepada pelajar.
Maka pendekatan yang sesuai dapat menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, guru-guru perlu mengunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian para pelajar agar mereka berminat untuk mengikuti ilmu yang disampaikan.
Kepimpinan yang demokratik adalah apabila dasar dan keputusan sesuatu aktiviti adalah hasil perbincangan di antara semua guru dan pengetua. sekolah perlu mempunyai lima unsur seperti yang ada dalam setiap organisasi iaitu dasar yang tegas, tujuan yang jelas, kepimpinan dan anggota yang tetap, serta usaha yang positif dan kreatif Menurut Raof Dalip & T.Subahan Muhd Meerah (1991).
Menurut Fox et, al,. (1971) mencadangkan agar pihak sekolah memberikan kepercayaan kepada individu sekolah untuk melakukan sesuatu yang dapat meningkatkan bakat dan keyakinan mereka, melibatkan ahli komuniti sekolah dalam proses membuat keputusan yang tertentu bagi meningkatkan nilai kendiri mereka dan melakukan perubahan yang tidak menjadi ancaman tetapi merupakan sesuatu yang menarik dan seronok untuk dilaksanakan Oleh itu, pihak sekolah perlu sentiasa memastikan faktor proses iaitu keupayaan untuk menyelesaikan masalah, pengenalpastian dan penyelesaian konflik, komunikasi yang berkesan di antara komuniti sekolah, penglibatan semua guru dalam membuat keputusan, penambahbaikkan matlamat sekolah, kepercayaan membuat perancangan masa depan dilaksanakan. Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga perlu dititiberatkan disamping memastikan autonomi dengan akauntabiliti di sekolah dikekalkan.
3. Sikap Guru Terhadap Faktor Bahan Dalam Penentu Iklim Sekolah
Untuk persoalan kajian yang terakhir, secara keseluruhannya sikap guru terhadap faktor bahan dalam penentu iklim sekolah berada pada tahap tinggi dengan min 4.08 berdasarkan Jadual 4.7. Ini menunjukkan guru-guru di sekolah tersebut mempunyai sikap yang tinggi terhadap faktor bahan dalam penentu iklim sekolah di sekolah mereka.
Menurut Robert G. Owens (1998), suanasa sekolah yang dirujuk dari sudut ekologi atau dirujuk kepada faktor-faktor fizikal seperti bangunan dan tapak, keindahan taman, kemudahan sumber dan bahan, dan sebagainya dapat mempengaruhi suasana pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Oleh itu, sekiranya aspek ini kurang memuaskan, ia akan sekaligus memberi kesan kepada tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan telefon adalah penting dalam kehidupan seharian pada masa kini. Begitu juga di sekolah, pihak sekolah telah menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan guru dan para pelajar.
Pelbagai masalah akan timbul jika faktor ini tidak dihiraukan oleh pihak sekolah seperti kes ponteng sekolah dan sebagainya. Hal ini disebabkan ketidakselesaan mereka untuk berada di dalam sekolah dan bilik darjah. Keadaan dan suasana bilik darjah yang kurang selesa boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan terhadap permasalahan disiplin pelajar.
Menurut Asmah (1989), “Di dalam bilik darjah kebiasaanya terdapat 20 hingga 40 buah kerusi dan meja yang disusun secara lurus berbaris menghadap papan tulis”. Oleh itu, sekiranya pelajar di dalam satu kelas melebihi nilaimaksimum, ianya akan menimbulkan ketidakselesaan kepada para pelajar di dalamnya.
Oleh karna itu dapat disimpulkan bahwa, pihak sekolah perlu sentiasa memastikan faktor bahan iaitu sumber dan sistem logistik sentiasa cekap dan menyokong serta mencukupi untuk guru-guru dan para pelajar. Kesesuaian bangunan sekolah dan susun atur di dalamnya juga perlu dititik beratkan bagi memastikan iklim sekolah sentiasa dalam keadaan yang kondusif.
G. Jenis-Jenis Iklim Sekolah
Iklim sekolah yang satu dengan iklim sekolah yang lain berbeda-beda. faktor yang menentukan perbedaan masing-masing iklim sekolah tersebut, dan keseluruhannya dianggap sebagai kepribadian atau iklim suatu sekolah. Halpin dan Don B. Croft dalam Burhanuddin (1990: 272), mengemukakan bahwa iklim-iklim organisasi sekolah itu dapat digolongkan sebagai berikut :
1. Iklim Terbuka
Yaitu suasana yang melukiskan organisasi sekolah penuh semangat dandaya hidup, memberikan kepuasan pada anggota kelompok dalam memenuhikebutuhan-kebutuhannya.Tindakan-tindakan pimpinan lancar dan serasi, baikdari kelompok maupun pimpinan. Para anggota kelompok mudah memperolehkepuasan kerja karena dapat menyelesaikan tugas-tugas dengan baik,sementara kebutuhan-kebutuhan pribadi terpenuhi. Ciri-ciri iklim organisasisekolah demikian adalah adanya kewajaran tingkah laku semua orang.
2. Iklim Bebas
Melukiskan suasana organisasi sekolah, dimana tindakan kepemimpinanjustru muncul pertama-tama dari kelompok.Pemimpin sedikit melakukanpengawasan, semangat kerja pertama muncul hanya karena untuk memenuhikepuasan pribadi.Sedangkan kepuasan kerja juga muncul, hanya sajakadarnya kecil sekali.Kepuasan kerja yang dimaksud di sini adalah kepuasanyang ditimbulkan oleh karena kegiatan tertentu dapat diselesaikan.
3. Iklim Terkontrol
Bercirikan “impersonal” dan sangat mementingkan tugas, sementarakebutuhan anggota organisasi sekolah tidak diperhatikan.Dan adanya anggotakelompok sendiri pada akhirnya hanya memperhatikan tugas-tugas yang ditetapkan pemimpin, sedangkan perhatian yang ditujukannya pada kebutuhanpribadi relatif kecil.Semangat kerja kelompok memang tinggi, namunmencerminkan adanya pengorbanan aspek kebutuhan manusiawi.Ciri khasiklim ini adalah adanya ketidakwajaran tingkah laku karena kelompok hanyamementingkan tugas-tugas.
4. Iklim yang Familier
Adalah suatu iklim ysng terlalu bersifat manusiawi dan tidak terkontrol.Para anggota hanya berlomba-lomba untuk memenuhi tuntutan pribadi mereka,namun sangat sedikit perhatian pada penyelesaian tugas dan kontrol sosial yang ada kurang diperhatikan. Sejalan dengan itu, semangat kerja kelompoksebenarnya tidak begitu tinggi, karena kelompok mendapat kepuasan yangsedikit dalam penyelesaian tugas-tugas.
5. Iklim Keayahan
Organisasi sekolah demikian bercirikan adanya penekanan bagimunculnya kegiatan kepemimpinan dari anggota organisasi.Kepala sekolahbiasanya berusaha menekan atau tidak menghargai adanya inisiatif yangmuncul dari orang-orang yang dipimpinnya.Kecakapan-kecakapan yangdimiliki kelompok tidak dimanfaaatkannya untuk melengkapi kemampuankerja kepala sekolah.Sejalan dengan itu banyak tindakan-tindakankepemimpinan yang dijalankan.Dalam iklim yang demikian pun sedikitkepuasan yang diperoleh bawahan, baik yang bertalian dengan hasil kerjamaupun kebutuhan pribadi. Sehingga semangat kerja kelompok organisasisekolah juga akan rendah.
6. Iklim Tertutup
Para anggota biasanya bersikap acuh tak acuh atau masa bodoh. Organisasi tidak maju, semangat kerja kelompok rendah, karena para anggotadisamping tidak memenuhi tuntutan pribadi, juga tidak dapat memperolehkepuasan dari hasil karya mereka.Tingkah laku anggota dalam iklimorganisasi demikian juga tidak wajar, dalam artian kenyataannya organisasiseperti mundur. Setelah menganalisa beberapa ciri dari masing-masing jenis iklimorganisasi sekolah diatas, dapat penulis simpulkan bahwa iklim sekolah yangefektif sebenarnya terdapat pada iklim organisasi yang sifatnya terbuka.
BAB III
KESIMPULAN
Iklim sekolah merupakan ikatan, hubungan atau interaksi antara guru dan sisiwa guru dengan guru siswa dan siswa siwa dan guru kepada pimpinan, yang tujuannya adalah agar terciptanya suasana sekolah yang nyaman serta menerapkan prilaku-prilaku yang sesuai norma agama, norma susila, dan norma sosial baik dalam kalangan sekolah ataupun masyrakat.
Apabila wujudnya ikatan ini, semua pihak akan bertanggung jawab apabila menghadapi satu-satu masalah dan ini menghalang sikap saling menyalahi antara satu sama lain. Sikap bekerjasama akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung akan menimbulkan keyakinan dan kepuasan kerja. Keadaaan ini akan menjadikan guru-guru sentiasa bersemangat untuk memberikan komitmen yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantu meningkatkan motivasi pembelajaran.
Dengan aktivitas sebegini, pihak sekolah bukan sahaja berjaya mengekalkan tahap keceriaan kawasan tersebut, bahkan berjaya mewujudkan semangat kerjasama dan tolong menolong di kalangan warga sekolah. Suasana sekolah sebegini akan memaparkan suasana kekeluargaan dan secara tidak langsung akan membantu keseronokan belajar dan bekerja. dengan memiliki sikap yang positif sudah tentu akan memudahkan tugas guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak lagi perlu membuang masa untuk mengawal disiplin pelajar. Kesannya, guru dapat memberikan pengajaran dengan berkesan dan pelajar-pelajar akan sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu.
Oleh karna itu dapat disimpulkan bahwa, pihak sekolah perlu sentiasa memastikan faktor bahan iaitu sumber dan sistem logistik sentiasa cekap dan menyokong serta mencukupi untuk guru-guru dan para pelajar. Kesesuaian bangunan sekolah dan susun atur di dalamnya juga perlu dititik beratkan bagi memastikan iklim sekolah sentiasa dalam keadaan yang kondusif.
DAFTAR PUSTAKA
Asamah Hj, Ahmad, 1989. Pedagogi. Pataling jaya: loegman malaysia, Sdn. Bhd.
---------.1980. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala lumpur: Dewan bahasa dan pustaka.
Abdul, Rashid, Ab. Malik, 1997. Structures of Malaysian wood-based industry:
Future scenerio. In Search of a Model Agro-forestry Seminar, 28 July, Kuala Lumpur.
Abdul Raof Dalip & T. Subahan Muhd Meerah (1991). Isu-isu Latihan Mengajar.
Petaling Jaya; Fajar Bakti.
Cherubini, Lorenzo. (2008). Teacher Candidates’ Perceptions of School Culture:
A MixedMethods Investigation. Journal of Teaching and Learning. 5(2), 39-54. [Online]. Tersedia: http://www.phaenex.uwindsor.ca/ojs/leddy/ index.php/JTL/ article/view/157/51.
Depdikbud, (1985). Pedoman dan Petunjuk Pelaksanaan Latihan Kepemimpinan Siswa.
Jakarta :Direktorat Jendral Dikdasmen, Pembinaan Siswa.
Ee Ah Meng (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur; Fajar Bakti.
Fox, R. S., Brainard,E. Carnie, G. M., Howard. E. R., Kettering, C., dan Olivero. J. L. (1971).
Halpin, A. W. and Croft, B. (1962). The Organization Climate of School. Washington: U.S.
Office Of Education.
Howard, E., Howell, B. & Brainard, E. (1987). Handbook for Conducting School Climate
Improvement Project. Indiana : The Phi Delta Kappa Educational Foundation.
Hoffman, Lorrie L., Hutchinson, Cynthia J., dan Reiss, Elayne., (2009). On Improving
School Climate: Reducing Reliance on Rewards and Punishment. International Journal Of Whole Schooling. 5 (3). [Online]. Tersedia:
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1973. Kajian keciciran. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia..
Milner, Karen dan Khoza, Harriet. (2008). A Comparison of Teacher Stress and School
Climate Across Schools with Different Matric Success Rates. South African Journal of Education. 28. 155-173. [Online]. Tersedia:
Mok Soon Sang (1996) Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Owens, Robert G. Organizatoinal Behavior in Education, Boston : Allyn and Bacon, 1995
Rahimah Haji Ahmad. 1992. Peningkatan produktiviti: Saranan dan tuduhan. Masalah
Pendidikan Jilid 16. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
---------. 1998. Ucap Utama (III) Profesionalisma guru dan sekolah berkesan. Prosiding
Seminar Pendidikan Guru Untuk Sekolah Berkesan 23. Doktor Falsafah. Fakulti
Shahril Marzuki. 1997. Kajian sekolah berkesan di Malaysia: Model lima faktor, Tesis.
---------. 1973). Kajian keciciran. (Kuala Lumpur: Kementerian pendidikan Pendidikan
Malaysia.
Styron Jr, Ronald A., Nyman, Terri R., (2008). Key Characteristics of Middle School
Performance. RMLE Online. 31(5). 1-17. [Online]. Tersedia:
http://www.nmsa.org/portals/0/pdf/publications/RMLE/rmle_vol31_no5.pdf
Stichter, Kenneth (2008). Student School Climate Perceptions as a Measure of School
District Goal Attainment. Journal of Educational Research & Policy Studies. 8 (1). 44-66. [Online]. Tersedia:
Venezky , R.L & Winfield, L.F. 1979. Schools that succeed beyond expectations in teaching
reading. Newark: University of Delaware.
0 comments:
Post a Comment